Carian
Samsung Tiada Perancangan Untuk Membangunkan Laman Sosial
June 15, 2012 Aman

Kebiasaannya, kita hanya akan dapat melihat syarikat-syarikat gergasi mendiamkan diri apabila sesuatu ura-ura berkenaan produk akan datang mereka kedengaran. Namun berbeza untuk Samsung, dimana kini mereka mengemaskini blog mereka, mengatakan tiada sebarang perancangan untuk membuat laman sosial tersendiri buat masa ini.

Semalam, ura-ura kedengaran mengatakan Samsung bakal hadir dengan laman sosial mereka tersendiri, disamping bersaing dengan Facebook dan lain-lain.

Dan selain daripada itu, Samsung turut sama mengatakan mereka akan mengemaskini aplikasi Family Story mereka tidak lama lagi. Aplikasi Family Story ditawarkan sejak daripada awal tahun ini untuk SmartTV dan peranti mudah-alih yang lain, membolehkan para pengguna berkongsi kandungan seperti gambar dan video bersama ahli keluarga dan rakan terdekat.

Komen