HTC One S Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1838

HTC One S Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM1838

Diterbitkan pada June 15, 2012 oleh .

Sepertimana yang dinantikan, hari ini pihak HTC Malaysia telah pun melancarkan HTC One S untuk pasaran Malaysia. Harga peranti tersebut untuk pasaran Malaysia adalah RM1838, dan HTC turut sama menawarkannya bersama-sama dengan headset Beats pada harga RM2199.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz, dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, HTC Sense 4.0, menggunakan mikro-SIM, memori sebanyak 1GB RAM, ruangan storan terbina 16GB, dan skrin sentuh qHD bersaiz 4.3-inci. Ia turut didatangkan bersama-sama sokongan Beats Audio dan juga kamera 8-megapixel dengan HTC ImageChip.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkannya daripada pengedar rasmi HTC seluruh negara bermula hari ini. Buat masa ini tiada sebarang syarikat telekomunikasi yang mengumumkan untuk menawarkannya bersama pakej mereka.


TIPS & ULASAN