Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada hanya menawarkan tablet dan juga telefon pintar, kini UMobile turut sama mula menawarkan Acer M3 Ultrabook dan juga Acer Tablet W501 bersama-sama dengan langganan talian mereka secara percuma selama 6 bulan.

Melalui pakej yang ditawarkan, UMobile menawarkan Acer M3 Ultrabook pada harga bermula RM2699 dan juga Acer Tablet W501 pada harga bermula RM1899. UMobile menawarkan dua pilihan pelan, iaitu pelan MB68 dan juga MB128 melalui mereka.

Untuk makluman Acer Ultrabook M3, ia membawakan skrin bersaiz 14-inci, cip pemprosesan Intel Core i5 dengan grafik NVIDIA GeForce, serta bateri dengan masa bertahan sehingga 8 jam.

Acer Tablet W501 pula menawarkan cip pemprosesan AMD Fusion 1.3GHz, skrin bersaiz 10.1-inci, 2GB DDR3 SDRAm, dan masa bertahan sehingga 6 jam. Kedua-dua tablet dan Ultrabook ini menggunakan Windows 7 sebagai sistem operasinya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkannya daripada UMobile dengan langganan percuma talian rangkaian mereka selama 6 bulan, ataupun rujuk kepada halaman rasmi yang disediakan oleh UMobile.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd