Eksklusif : Animonsta Bakal Melancarkan Aplikasi Permainan Boboiboy Untuk iOS

Eksklusif : Animonsta Bakal Melancarkan Aplikasi Permainan Boboiboy Untuk iOS

Diterbitkan pada June 15, 2012 oleh .

Animasi 3D semakin mendapat perhatian dikalangan pembangun tempatan, dan salah satu yang popular selain daripada Upin dan Ipin semestinya adalah animasi keluaran Animonsta, iaitu Boboiboy. Dan kini, diketahui Animonsta bakal melancarkan aplikasi permainan Boboiboy untuk para pengguna iOS.

Daripada apa yang kelihatan, ia menyerupai permainan popular Doodle Jump, memerlukan para pengguna untuk mengawal bola daripada jatuh mahupun daripada ditangkap oleh kelawar.

Permainan ini dijangka akan bakal dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan oleh pihak Animonsta, dan bakal berharga $0.99. Pembangunnya juga turut mengatakan mereka mempunyai perancangan untuk aplikasi serupa untuk platform Android, tetapi masih dalam peringkat awal buat masa ini.


TIPS & ULASAN