HopCab Bakal Turut Menyertai Industri Tempahan Teksi Melalui Telefon Pintar

HopCab Bakal Turut Menyertai Industri Tempahan Teksi Melalui Telefon Pintar

Diterbitkan pada June 15, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada MyTeksi dan juga TaxiMonger, terdapat beberapa penyedia lain yang turut akan menyertai industri tersebut. Salah satu yang didapati akan melancarkan perkhidmatan mereka pada awal minggu hadapan adalah HopCab.


Aplikasi HopCab Dalam Pembangunan [via]

Melalui penerangan yang disediakan oleh pihak pembangunnya, ia mengatakan HopCab sebagai perkhidmatan untuk mendapatkan teksi yang boleh dipercayai di Malaysia, membolehkan pemandu berhubung dengan pengguna.

Pihak pembangunnya juga mensasarkan untuk memperkenalkan aplikasi Android dan iPhone seawal bulan Julai kelak, dan bakal membolehkan para pengguna membuat tempahan on-demand iaitu sejam sebelum perjalanan bermula daripada 18 Jun kelak.

Buat masa ini, siapakah rakan kerjasama pihak HopCab masih tidak diketahui lagi. Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendaftarkan minat pada laman rasmi HopCab.

Tips awal daripada RotiKaya.


TIPS & ULASAN