Dragon Dictation Kini Menyokong Bahasa Malaysia – Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

Dragon Dictation Kini Menyokong Bahasa Malaysia – Bakal Dilancarkan Minggu Hadapan

Diterbitkan pada June 15, 2012 oleh .

Nuance Communications merupakan salah satu syarikat utama yang memfokuskan kepada input suara, dan merupakan salah satu teknologi utama disebalik Siri. Dan menariknya kini mereka turut menambah sokongan Bahasa Malaysia melalui Dragon Dictation, salah satu aplikasi input berasaskan suara.

Buat masa ini, aplikasi tersebut masih belum boleh didapati oleh pengguna tempatan, dan masih memfokuskan kepada pengguna Amerika Syarikat dan beberapa negara yang lain. Namun, mungkin akan berubah tidak lama lagi, dengan Nuance mensasarkan untuk membuat pelancaran di Malaysia pada minggu hadapan.

Untuk makluman, melalui apliksai Dragon Dictation, ia menawarkan sokongan untuk mengenal input suara, membolehkan anda menyertakannya dalam bentuk teks pada emel dan sebagainya.

Selain daripada Dragon Dictation yang memfokuskan kepada pengguna iOS, pada Android, sokongan input bahasa Malaysia disertakan melalui Android 4.0 Ice Cream Sandwich.


TIPS & ULASAN