Lebih Banyak Gambar Paparan BlackBerry 10 Diperlihatkan

Lebih Banyak Gambar Paparan BlackBerry 10 Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 15, 2012 oleh .

BlackBerry 10 telah pun mula mendapat perhatian sejak beberapa fungsi padanya diperkenalkan oleh Research In Motion beberapa minggu sebelum ini. Dan hari ini, CrackBerry yang berpeluang untuk menyertai BlackBerry 10 Jam London, berpeluang untuk melihat peranti dan platform BlackBerry 10 itu dengan lebih dekat lagi.

Melalui BlackBerry 10, daripada apa yang kelihatan, ia dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh. Ia masih tidak diketahui bagaimanakah peranti QWERTY dengan BlackBerry 10 akan kelihatan.


Daripada Inbox, ke mesej dan PDF dengan mudah.


Skrin utama BlackBerry 10


Aplikasi pada BlackBerry 10


Kemudahan untuk mengakses panel notifikasi dari dalam aplikasi.


Pemain muzik pada BlackBerry 10.


Papan kekunci atas-skrin pada BlackBerry 10.

Daripada gambar-gambar yang dipertontonkan, ia kelihatan RIM memberikan perhatian yang serius untuk BlackBerry 10 dalam menjadikannya amat mesra pengguna, disamping memudahkan pengguna mengendalikannya dan mengakses aplikasi dan notifikasi melaluinya.


TIPS & ULASAN