Jikalau selama ini dengan acara Google I/O, ia kedengaran Google bersama-sama Asus bakal melancarakn Nexus Tablet bersaiz 7-inci, kini ura-ura terbaru kedengaran, mengatakan Microsoft bakal melancarkan tablet berjenama sendiri seawal lewat Isnin ini.
Gambar sekadar hiasan [via]
Perkara ini ditambah lagi dengan Microsoft yang bakal mengadakan sebuah acara khas pada lewat Isnin ini, yang mana masih menjadi misteri buat masa ini. Apakah yang bakal dilancarkan oleh Microsoft masih menjadi tanda-tanya, dan adakah benar ianya adalah tablet?
Memandangkan Microsoft bekerjasama rapat dengan Nokia akhir-akhir ini, ia turut diperkatakan terdapat kemungkinan sekiranya Nokia menghasilkan tablet bersaiz 7-inci dengan menjalankan Windows Phone yang sedikit diubah-suai. Namun ia hanya sekadar spekulasi sahaja buat masa ini. Beberapa ura-ura lain turut mengatakan yang mana Microsoft akan memperkenalkan tablet yang memfokuskan kepada kandungan, lebih kurang seperti Kindle Fire, dan bukannya ingin bersaing dengan iPad dan pasaran tablet yang lain.
Dengan pegangan Microsoft pada teknologi ruang tamu melalui Kinect, Xbox dan sebagainya yang semakin kukuh, adakah benar Microsoft bakal melancarkan tablet bersaiz 7-inci mereka pada minggu hadapan?