Bagaimana Menghantar Tab Yang Sedang Dilayari Menggunakan Firefox Ke Chrome?

Bagaimana Menghantar Tab Yang Sedang Dilayari Menggunakan Firefox Ke Chrome?

Diterbitkan pada June 16, 2012 oleh .

Bagi anda yang menggunakan lebih daripada satu pelayar web pada sesuatu masa, mungkin kadangkala ingin membuka sebuah tab baru pada pelayar web yang lain. Dan kali ini kami akan berkongsi bagaimana membuka pautan yang didapati menggunakan pelayar web Firefox menggunakan Google Chrome.

Perkara ini boleh dijayakan dengan mudah menggunakan sebuah add-on khas untuk Firefox dinamakan sebagai Open In Chrome. Seperti pada namanya, ia membolehkan anda membuka sesuatu tab yang sedang dilayari menggunakan Firefox terus pada Google Chrome dengan pantas, tanpa perlu anda salin dan tampal URL seperti biasa dilakukan.

Selain daripada pilihan membuka tab yang sedang digunakan, ia juga disertakan dengan pilihan untuk membuka keseluruhan tab yang sedang dilayari menggunakan Firefox terus pada Chrome.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turun dan memasang add-on Open In Chrome pada pelayar web Firefox anda, dan memudahkan anda menguruskan tab pelayaran dengan pantas.


TIPS & ULASAN