Maxis Dan Celcom Bakal Menawarkan iPad Baru Bermula 22 Jun

Maxis Dan Celcom Bakal Menawarkan iPad Baru Bermula 22 Jun

Diterbitkan pada June 16, 2012 oleh .

iPad baru daripada apple telah pun dilancarkan sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini dua gergasi telekomunikasi tempatan memperlihatkan yang mana mereka bakal menawarkan tablet popular dunia itu untuk para pengguna mereka.

Ia masih tidak diketahui berkenaan dengan apakah pakej yang bakal ditawarkan oleh kedua-dua gergasi ini. Sebelum ini, mereka telah pun sedia menawarkan pakej talian sahaja untuk iPad, dan semestinya dengan penawaran peranti sekali, perkara ini bakal mengembirakan para pengguna mereka. Dan selain daripada LTE, memandangkan iPad baru ini turut sama menyokong HSPA+ dan talian lain, mungkin kedua-dua gergasi ini boleh menawarkan perkhidmatan yang terbaik untuk pengguna mereka.

Jadi, sekiranya anda ingin mendapatkan iPad baru, mungkin anda boleh nantikan pengumuman kedua-dua gergasi ini pada minggu hadapan, dan membandingkannya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN