Apple Bakal Menyertakan Aplikasi Yang Khas Untuk Podcast Pada iOS6?

Apple Bakal Menyertakan Aplikasi Yang Khas Untuk Podcast Pada iOS6?

Diterbitkan pada June 17, 2012 oleh .

Podcast boleh dikatakan salah satu perkara yang popular tidak lama dulu, dan masih dikekalkan oleh segelintir media sehingga ke hari ini. Dan mengikut laporan awal, ia diperkatakan Apple bakal memperkenalkan aplikasi khas untuk Podcast pada iOS 6 kelak.

Aplikasi yang bakal didedikasikan untuk Podcast itu bakal beroperasi sama seperti iBooks (yang didedikasikan untuk pembacaan). Sehingga kini, ia didatangkan bersama-sama dengan iTunes, dan mungkin perkara tersebut bakal berubah tidak lama lagi.

Sekiranya ini benar, mungkin juga kita akan dapat melihat Apple turut sama akan menyediakan fungsi untuk memudahkan para pengguna sendiri merakamkan podcast mereka dan berkongsi dengan lain melalui aplikasi tersebut.


TIPS & ULASAN