Cari @ Amanz

Perang penjualan telefon pintar antara Samsung dan Apple mungkin akan menjadi semakin menarik dari semasa ke semasa, dimana mengikut data terbaru yang dikeluarkan oleh ABI, kedua-dua gergasi ini apabila digabungkan, memegang 55% pengeluaran telefon pintar dunia.

Melalui data yang dikeluarkan, ia memperlihatkan Samsung telah mengeluarkan sebanyak 43 juta telefon pintar pada suku tahun pertama 2012, manakala Apple ditempat kedua dengan 35 juta telefon pintar.

Kedua-dua gergasi ini juga dilaporkan memegang 90% daripada keuntungan pasaran global. Jenama-jenama lain memperlihatkan penurunan, termasuk HTC, Motorola, Nokia dan juga RIM.

Adakah pada suku tahun kedua ini, ia bakal mengalami perubahan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd