ViewSonic Mempertontonkan Peranti Android Bersaiz 21-inci

ViewSonic Mempertontonkan Peranti Android Bersaiz 21-inci

Diterbitkan pada June 17, 2012 oleh .

Saiz tablet sekarang amat kecil? Jika ya, mungkin anda boleh mendapatkan peranti terbaru daripada ViewSonic. Terkini, syarikat pengeluar peralatan elektronik, ViewSonic mempertontonkan peranti pintar dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada saiz 21.5-inci.

Melaluinya, ViewSonic memanggilnya sebagai Android Smart Display, dimana membawakan skrin seluas 21.5-inci, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.GHz TI OMAP ARM Cortex A9, memori sebanyak 1GB RAM, kamera hadapan 1.2-megapixel dengan sokongan rakaman HD, slot HDMI, USB 2.0, dan juga mikro-SD padanya.

Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan antaramuka asal Ice Cream Sandwich, dan dilaporkan beberapa aplikasi seperti Angry Birds didatangkan bersama-sama dengannya. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal, dan belum dilancarkan kepada umum, ia diperkatakan sokongan kawalan sentuhan padanya kadang-kala mengalami kelembapan. Namun, perkara ini mungkin diatasi sebelum ia dijual kepada umum kelak.

Jadi, adakah kelak anda akan mendapatkan Android Smart Display ini?

TIPS & ULASAN

<script>