Chrome WebStore Berbahasa Malaysia – Memperkenalkan Koleksi Aplikasi Luar-Talian

Chrome WebStore Berbahasa Malaysia – Memperkenalkan Koleksi Aplikasi Luar-Talian

Diterbitkan pada June 17, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, Google telah pun memperkenalkan Google Chrome WebStore di Malaysia tidak lama sebelum ini, dan nampaknya laman tersebut kini telah pun mula menggunakan bahasa Malaysia padanya, termasuk memperkenalkan koleksi aplikasi luar-talian melaluinya.

Melalui aplikasi luar-talian, ia membolehkan para pengguna menggunakan dan mengakses serta melakukan pelbagai kerja pada Google Chrome menggunakan aplikasi tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang sambungan internet.

Ia juga merupakan salah satu kelebihan untuk para pengguna Chrome OS, supaya tidak kebosanan daripada tidak melakukan sebarang perkara apabila sambungan internet tiada disesuatu kawasan.

Antara aplikasi popular yang tersenarai adalah termasuk Angry Birds, GMail, Google Calendar, Google Docs, Scratchpad dan banyak lagi. Mungkin anda sendiri boleh melihat koleksi yang disediakan dengan ke laman Google Chrome WebStore hari ini.


TIPS & ULASAN