Huawei Malaysia Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Ascend P1

Huawei Malaysia Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Ascend P1

Diterbitkan pada June 17, 2012 oleh .

Telefon pintar Huawei Ascend P1 telah pun diumumkan pada awal tahun ini, dan nampaknya peranti ini bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Buat masa ini, syarikat telekomunikasi yang bakal menawarkannya masih tidak diketahui, tetapi pihak Huawei Malaysia sendiri telah memulakan pendaftaran minat, memperlihatkan ianya akan tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei Ascend P1 membawakan skrin seluas 4.3-inci dengan Corning Gorilla Glass, memori sebanyak 1GB RAM, cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz Cortex-A9, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, sokongan kad mikro-SD dan juga dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Mungkin kita akan dapat melihat harganya diumumkan tidak lama lagi. Sementara itu, sekiranya anda berminat, mungkin boleh mendaftarkan minat anda pada laman rasmi Huawei Malaysia hari ini.


TIPS & ULASAN