Antaramuka Aplikasi Buku Alamat Pada BlackBerry 10 Kelihatan

Antaramuka Aplikasi Buku Alamat Pada BlackBerry 10 Kelihatan

Diterbitkan pada June 17, 2012 oleh .

Ketika pengenalan BlackBerry 10 tempoh hari, Research In Motion sekadar memperlihatkan bagaimana menerima panggilan sahaja, tanpa memperlihatkan maklumat lanjut berkenaan bagaimana antaramuka dan rekabentuk buku alamat padanya kelihatan kelak. Dan kini, CrackBerry berjaya mendapatkan paparan antaramukanya untuk aplikasi buku alamat terbina pada BlackBerry 10.

Walaubagaimanapun, rekabentuk ini mungkin bukanlah rekabentuk yang terakhir, dan pada versi akhir BlackBerry 10 kelak, ia mungkin mengalami sedikit perubahan padanya.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia membawakan antaramuka yang selari dengan aplikasi-aplikasi lain yang diperlihatkan pada BlackBerry 10 sebelum ini. Namun, fungsi penuh pada buku alamat ini masih tidak diketahui sepenuhnya, dan mungkin kita boleh melihat integrasi sosial dan sebagainya kelak padanya.


TIPS & ULASAN