(Ura-Ura) Galaxy Note 2 Bakal Hadir Dengan Skrin Fleksibel?

(Ura-Ura) Galaxy Note 2 Bakal Hadir Dengan Skrin Fleksibel?

Diterbitkan pada June 17, 2012 oleh .

Setelah Samsung melancarkan Galaxy S3 tempoh hari, kini pelbagai ura-ura kedengaran berkenaan dengan peranti keluarga Note mereka. Dengan tempoh setahun yang semakin hampir, ia disasarkan Samsung bakal memperkenalkan kemaskini kepada keluarga Note, sama seperti yang mereka lakukan pada keluarga Galaxy S.

Selain beberapa ura-ura yang kita terdengar sebelum ini, kini melalui sebuah akhbar Korea, ia dilaporkan Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Note 2 dengan kamera 12-megapixel dan didatangkan bersama-sama skrin bersaiz 5.3-inci LED yang fleksibel. Pada masa yang sama, ia turut diperkatakan Galaxy Note 2 bakal menggunakan cip pemprosesan empat teras dan juga didatangkan dengan Android Jelly Bean, sistem operasi Android yang dijangka akan diperkenalkan pada Google I/O pada penghujung bulan ini.

Kesahihan informasi ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, dengan segala ura-ura ini, mungkin kita boleh menantikan peranti Galaxy Note 2 daripada Samsung pada tahun ini.

Terima kasih Alif.


TIPS & ULASAN