Pembangun Tempatan Memperkenalkan Permainan Android – The Dutchman

Pembangun Tempatan Memperkenalkan Permainan Android – The Dutchman

Diterbitkan pada June 18, 2012 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi berbentuk permainan yang dibangunkan oleh pembangun tempatan, dan salah satu yang terbaru dilancarkan adalah The Dutchman daripada Utan Tropik. Permainan ini dibangunkan khas untuk pengguna Android, dan boleh didapati dalam dua versi iaitu berbayar dan juga percuma.

Melalui permainan The Dutchman ini, ia memfokuskan kepada genre strategi pertahanan, dimana anda perlu mengubah semua monyet-monyet di skrin ke pihak anda. Perkara ini dilakukan dengan membaling buah berwarna hijau ke arah monyet tersebut. Pada setiap tahap, anda akan berlawan dengan pihak AI, yang membaling buah berwarna hijau. Permainan akan terus mencabar dengan bilangan monyet akan meningkat dari semasa ke semasa, memerlukan anda bersaing dengan lebih hebat dan pantas lagi.

Dari segi grafik, The Dutchman membawakan grafik yang ringkas, dan dilukis tangan berdasarkan kepada hutan tropikal. Mungkin lebih perhatian boleh diberikan supaya ianya kelihatan lebih ceria dan menarik pemain muda mahupun dewasa. Selain itu, daripada apa yang kami gunakan, aplikasi ini agak sukar dimainkan pada skrin kecil, dan lebih mudah dikendalikan apabila menggunakan peranti Android bersaiz besar.

Menurut pembangunnya, mereka akan mengemaskini dengan pelbagai tahap setiap sebulan, sekaligus menjadikan pengguna dan pemain tidak bosan dengan permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat dan menggunakan Android 2.2 dan yang terkini, boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.


TIPS & ULASAN