Cari @ Amanz

Pada hari ini, ia adalah salah satu perkara yang biasa apabila kita ingin memuat-turun sesuatu perkara atau ingin ke sesuatu laman, pautan dilindung dengan beberapa perkhidmatan lain, seperti Adfly dan Linkbucks, memerlukan anda ke laman tersebut terlebih dahulu, dan menantikan beberapa saat, sebelum klik pada apa yang perlu, dan meneruskan aktiviti anda.

Kini, anda boleh melakukan proses tersebut dengan lebih pantas lagi, dimana ianya dibawa ke pautan asal dengan pants secara automatik, tanpa memerlukan anda klik dan sebagainya. Perkara ini boleh dilakukan dengan mudah melalui sebuah script khas dinamakan sebagai Redirection Helper.

Ia boleh digunakan pada Firefox anda, melalui sokongan add-on seperti GreaseMonkey ataupun Scriptish. Sebaik sahaja anda sedia memasangnya pada pelayar web Firefox anda, boleh ke laman UserScript untuk Redirection Helper, dan memasangnya.

Sebaik sahaja anda memasangnya, ia akan diaktifkan secara automatik, membolehkan setiap pautan Adfly, Lincbucks, Lnk.co dan pelbagai lagi, terus dibawa ke pautan asal, tanpa perlu anda melalui pelbagai proses yang memerlukan anda klik dan sebagainya.

Jadi, bagi anda yang selalu terjebak dengan pautan Adfly dan sebagainya, mungkin boleh mencuba Redirection Helper ini, sekaligus memudahkan proses anda untuk tiba ke halaman asal dengan lebih pantas dan mudah lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd