Cari @ Amanz

Penghasilan permainan untuk peranti mudah-alih oleh pembangun tempatan semakin menarik dari hari ke hari, dan terkini Touchy Interactive memperkenalkan permainan gabungan strategi dan juga puzzle untuk pengguna iOS, dikenali sebagai Split!. Ia ditawarkan dalam dua versi iaitu versi percuma (Lite) dan juga berbayar terus melalui AppStore.

Melalui Split!, para pemain perlu mengawal dua watak, dinamakan sebagai Red dan Blue, dimana anda perlu mengarahkan mereka dengan strategi yang baik, memandangkan seorang hanya boleh menembak, dan seorang lagi hanya boleh membunuh menggunakan pisau. Pelbagai tahap disediakan, dan seperti biasa, dengan meningkatnya tahap, kesukaran untuk sesuatu misi turut bertukar menjadi sukar.

Sekiranya berminat, anda boleh memuat-turunnya terus daripada AppStore hari ini dalam bentuk versi percuma. Dan untuk mendapatkan aksi yang lebih dengan pelbagai kempen menarik, mungkin anda boleh mendapatkan versi berbayar pada harga $0.99.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd