Mozilla Sedang Membangunkan Pelayar Web Untuk iPad – Dikenali Junior

Mozilla Sedang Membangunkan Pelayar Web Untuk iPad – Dikenali Junior

Diterbitkan pada June 18, 2012 oleh .

Selain daripada pelayar web mudah-alih untuk Android, kini Mozilla juga turut sama memperlihatkan pelayar web mereka pada iPad, dinamakan sebagai Firefox Junior, yang membawakan cara berbeza melayari web berbanding pelayar web yang biasa terdapat di iPad.

Projek yang dibangunkan oleh pihak Mozilla ini membawakan cara kawalan yang baru pada Firefox, disamping memudahkan pelayarn web menggunakan gesture. Ia juga menggunakan paparan skrin penuh, berbeza dengan apa yang terdapat pada Safari di iPad hari ini. Ia menyertakan tiga butang kawalan, iaitu butang kehadapan (Forward), kebelakang (Back) dan juga butang Plus yang membawakan senarai halaman-halaman yang sering dilawati anda, disamping turut menyertakan Bookmark dan juga kotak carian.

Ia masih tidak diketahui sama ada bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum, dan apakah reaksi Apple kelak sekiranya ia benar-benar dilancarkan kepada umum. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh, mungkin anda boleh menonton video persembahan Mozilla berikut:


TIPS & ULASAN