Aplikasi DBKL Saman Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Aplikasi DBKL Saman Dilancarkan Untuk Para Pengguna Android

Diterbitkan pada June 18, 2012 oleh .

Dengan warga bandaraya yang kini semakin ramai menggunakan peranti pintar, DBKL kini melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan aplikasi Android mereka yang pertama, dinamakan sebagai DBKL Saman. Seperti pada namanya, ia memudahkan para pengguna untuk membuat semakan saman di DBKL melalui peranti mudah-alih mereka.

Namun, berbeza dengan pelbagai aplikasi mudah-alih yang lain, DBKL Saman ini bergantung kepada aplikasi Adobe Air untuk dijalankan, dimana sekiranya peranti Android anda tidak terpasang dengan aplikasi Adobe Air, anda diperlukan untuk memuat-turunnya terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Menurut pihak DBKL, melalui aplikasi yang disediakan, para pengguna warga kota boleh menyemak saman yang dikeluarkan sejak daripada tahun 2008 sehingga yang paling terkini. Selain daripada aplikasi, DBKL juga turut sama memperkenalkan khidmat semakan melalui SMS.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun DBKL Saman terus daripada Google Play Store, dan mengujinya sendiri hari ini.


TIPS & ULASAN