Cari @ Amanz

Selain daripada Maxis yang mengintegrasikan beberapa aplikasi dan perkhidmatan mereka dengan PayPal, kini nampaknya TuneTalk turut sama akan membolehkan para pengguna mereka membuat tambah-nilai perkhidmatan prabayar mereka terus melalui PayPal.

Fungsi dan sokongan baru ini bakal diumumkan oleh pihak TuneTalk awal pagi esok, sekaligus memperkenalkan sokongan yang dinamakan sebagai Auto Top Up.

Pihak TuneTalk mensasarkan perkhidmatan terbaru ini kelak akan mendapat perhatian ramai pengguna, apatah lagi penggunaan PayPal telah pun sedia popular dikalangan pengguna tempatan, dengan beberapa bank yang turut membolehkan pemindahan duit dilakukan dari PayPal ke akaun bank tempatan.

Maklumat lanjut berkenaan dengan perkhidmatan ini akan kami kongsikan sebaik sahaja maklumat berkaitan dengannya diketahui dan diterima oleh kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd