Bagaimana Menggunakan Fungsi Tab Stacking Pada Firefox?

Bagaimana Menggunakan Fungsi Tab Stacking Pada Firefox?

Diterbitkan pada June 18, 2012 oleh .

Bagi para pengguna pelayar web Mozilla Firefox, mungkin biasa dengan sokongan Tab Groups, yang membolehkan anda menghimpunkan beberapa tab didalam sesuatu kumpulan untuk diakses dengan mudah. Namun, dengan fungsi Tab Stacking yang popular pada Opera, kini turut hadir pada Chrome, mungkin anda turut sama ingin menggunakannya pada pelayar Firefox anda.

Untuk menjayakan perkara ini, ia memerlukan anda memasang sebuah add-on khas pada Firefox, dinamakan sebagai Tab Stacking.

Bagi yang tidak biasa dengan fungsi Tab Stacking, ia mengurangkan kelebaran untuk tab yang diperlihatkan yang teletak jauh daripada tab aktif yang dilayari dan digunakan pengguna. Ini sekaligus memudahkan anda untuk melihat semua tab yang dibuka pada pelayar web.

Untuk sokongan Tab Stacking pada Firefox ini, ia menawarkan sokongan tetapan, membolehkan para pengguna menetapkan saiz kelebaran minimum untuk sesuatu tab, supaya ia kekal diperlihatkan walaupun anda membuka banyak tab pada tetingkap pelayar web anda.

Jadi, sekiranya anda menggunakan Firefox, dan ingin menggunakan fungsi Tab Stacking, mungkin boleh memuat-turun add-on yang disediakan secara percuma oleh salah seorang pembangun, dan mencubanya sendiri pada pelayar web anda.


TIPS & ULASAN