Cari @ Amanz

Minggu lalu menyaksikan kebanyakan terma carian berkisar berkenaan sukan. Ini merupakan suatu kelainan berbanding minggu-minggu terdahulu yang menyaksikan kebanyakan terma carian bekenaan dunia politik dan hiburan. Berikut merupakan 10 Carian Terhangat Google Malaysia Sepanjang 8 Jun – 14 Jun 2012.

1) EURO 2012
Peminat bolasepak mula mencari maklumat berkenaan pertandingan bola yang berprestij ini. Pertandingan ini akan bermula dari  8 Jun sehingga 1 Julai

2) Malaysia vs Singapore

Pasukan Harimau Malaya telah berjaya menumpaskan Singapura 2-0 didalam perlawanan persahabatan pada 12 Jun yang lalu

3) iOS 6
iOS 6 merupakan kemaskini sistem operasi perandi mudah alih Apple yang membawakan lebih 200 fungsi baru untuk iPhone, iPod dan juga iPad

4) Nadal
Juga digelar sebagai pemain terbaik padang tanah liat, pemain Sepanyol ini telah mengalahkan pemain dari Serbia iaitu Novak Djokovic dan berjaya mengungguli French Open untuk kali ketujuh

5) Madagascar 3
Ben Stiller, Chris Rock, David Schwimmer, Jada Pinkett-Smith, Sacha Baron Cohen dan Frances McDormand memegang semula watak-watak mereka. Filem ini ditayangkan di pawagan berhampiran bermula 7 Jun.

6) Toyota 86
Peminat kereta ini mencari maklumat berkaitan pelancaran kereta tersebut di Malaysia baru-baru ini.

7) Maria Sharapova
Pemain tennis ini telah mencipta sejarah apabila beliau menjadi wanita kesepuluh untuk memenangi kesemua empat gelaran Grand Slam apabila beliau menewaskan Sara Errani dari Itali semasa perlawanan akhir French Open

8) Miley Cyrus
Artis 19 tahun ini yang sebelum ini merupakan bintang rancangan Hanna Montana dikatakan akan berkahwin dengan Liam Hemsworth, 22 yang merupakan pelakon The Hunger Games

9) Fathers Day 2012
Rakyat Malaysia mencari maklumat untuk memberikan penghargaan buat ayah tercinta pada 17 Jun

10) Charlize Theron
Aktres popular ini kembali dengan dua filem terkenal iaitu Snow White and the Huntsman dan Prometheus, dan dikatakan mempunyai gaya rambut baru untuk filem akan datang

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd