Facebook Mengambil-Alih Syarikat Teknologi Pengecaman Wajah – Face.com

Facebook Mengambil-Alih Syarikat Teknologi Pengecaman Wajah – Face.com

Diterbitkan pada June 19, 2012 oleh .

Nampaknya, Facebook terus aktif mengambil-alih syarikat-syarikat lain, dan terkini, mereka mengambil-alih syarikat Face.com yang mana popular dengan tekonologi pengecaman wajah melaluinya.

Bagi yang tidak kenali akan Face.com, ia menawarkan perisian desktop dan juga mudah-alih, membolehkan para pengguna merakamkan gambar, dan secara automatik mengecam wajah rakan-rakan mereka dengan pantas. Perkara ini memudahkan proses taggin dan sebagainya.

Semestinya teknologi ini bakal menguntungkan pihak Facebook, sekaligus terus menambah nilai pada perkhidmatan laman sosial mereka. Menurut Face.com, mereka akan terus menyokong pembangun yang menggunakan perkhidmatan mereka. Namun sehingga bila masih tidak diketahui lagi.

Harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Namun ia diperkatakan berjumlah sekitar $100 juta.


TIPS & ULASAN