Cari @ Amanz

Jikalau dulu Surface dikenali sebagai nama kepada produk Microsoft yang berupa meja dengan sokongan sentuhan dan beberapa ciri-ciri interaktif, nampaknya ia berubah dengan pengumuman Microsoft hari ini, memperkenalkan Surface sebagai keluarga tablet baru dengan paparan skrin bersaiz 10.6-inci.

Melalui Surface, ia didatangkan dalam dua variasi, iaitu dijana menggunakan sistem operasi Windows RT dan juga Windows Pro, serta beberapa ciri-ciri menarik, termasuk sokongan slot mikro-SD, USB, dan juga pelindung yang pada masa yang sama berfungsi sebagai papan kekunci.

Kamera hadapan turut disertakan untuk membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah, apatah lagi dengan Skype yang kini menjadi milik Microsoft.

Dengan pengenalan Surface juga, ia sekaligus membawakan tablet yang direkabentuk dengan baik untuk para pengguna, apatah lagi Microsoft sendiri mengawal hardware dan juga penggunaan sistem operasi padanya. Namun apakah reaksi para pengeluar lain berkaitan dengan Surface ini masih tidak diketahui lagi.

Harganya tidak diumumkan lagi buat masa ini, dan bilakah ianya akan tiba di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd