Samsung Galaxy Tab2 Berharga Bermula RM1299 Di Malaysia

Samsung Galaxy Tab2 Berharga Bermula RM1299 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 19, 2012 oleh .

Bagi para peminat tablet daripada Samsung, setelah dinantikan sekian lama, akhirnya kini, peranti tersebut sudah pun boleh didapati bermula bulan ini di Malaysia, dimana berharga RM1,299 untuk saiz 7-inci dan juga RM1499 untuk 10-inci.

Perkara ini dilaporkan oleh rakan kami Lowyat.net, sekaligus menamatkan penantian ramai peminat tablet Galaxy Tab 2 daripada Samsung ini di Malaysia.

Untuk makluman, Galaxy Tab 2 adalah tablet pertama dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich daripada Samsung, dimana kedua-duanya membawakan pelbagai perkara yang serupa, termasuk cip pemprosesan dwi-teras, 1GB RAM, kamera belakang 3-megapixel dan juga kamera hadapan VGA.


TIPS & ULASAN