Acer Aspire S5 Berharga RM3499 Di Malaysia

Acer Aspire S5 Berharga RM3499 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 19, 2012 oleh .

Bagi para peminat Ultrabook, sepertimana kami laporkan sebelum ini, hari ini, Acer Malaysia telah pun melancarkan Ultrabook terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, iaitu Acer Aspire S5, yang didatangkan bersama-sama pelbagai ciri-ciri menarik padanya. Di Malaysia komputer riba tersebut dijual pada harga RM3499.

Menariknya melalui Acer Aspire S5 adalah dimana ia merupakan komputer riba pertama membawakan sokongan Thunderbolt padanya, selain turut menggunakan cip pemprosesan Ivy Bride Intel Core i7. Ruangan storan padanya turut dijana oleh SSD bersaiz 128GB. Ciri-ciri lain turut sama disertakan adalah memori sebanyak 4GB RAM, dan juga skrin bersaiz 13.3-inci.

Sama seperti beberapa Ultrabook yang lain, ia didatangkan bersama-sama sistem operasi Windows 7, dan juga sokongan memulakan komputer dengan pantas dalam masa kurang 1.5 saat, dinamakan sebagai Instant On.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan komputer riba ini pada harga RM3499 daripada pengedar rasmi Acer di seluruh negara bermula bulan ini. Kami akan berkongsi beberapa gambar pandang pertama peranti ini dalam artikel akan datang.


TIPS & ULASAN