Flipboard Bakal Menambah Sokongan Google+ Tidak Lama Lagi

Flipboard Bakal Menambah Sokongan Google+ Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 19, 2012 oleh .

Aplikasi Flipboard merupakan salah satu aplikasi mudah-alih yang popular dikalangan pengguna iOS dan juga Android, menawarkan pembacaan pelbagai artikel dalam kaedah interaktif. Terkini, ia diketahui, sokongan integrasi Google+ Stream bakal didatangkan padanya tidak lama lagi.

Buat masa ini, Flipboard didatangkan dengan sokongan Twitter dan Facebook, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai kemaskini rakan-rakan mereka melaluinya. Dan dengan penambahan sokongan Google+, semestinya ia sekaligus akan memberikan nilai tambahan kepada Flipboard dan juga pada masa yang sama menguntungkan pihak Google.

Walaubagaimanapun, daripada pengamatan kami sendiri, mereka yang menggunakannya untuk sokongan sosial masih rendah, sebaliknya lebih ramai menggunakannya untuk menikmati bahan bacaan mengikut kategori pilihan mereka. Namun, semestinya ia merupakan salah satu berita baik kepada para pengguna yang gemarkan fungsi integrasi sosial padanya. Sama-sama kita nantikan kemaskini Flipboard dengan sokongan Google+ tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN