LG Optimus L5 Bakal Dijual Di Malaysia Bermula Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jun 19, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LG boleh dikatakan masih agak kurang popular di Malaysia. Namun, perkara tersebut tidak menghentikan mereka daripada memperkenalkan peranti baru untuk pasaran tempatan, dimana terkini ia dilaporkan, LG Optimus L5 yang diperkenalkan pada awal tahun ini bakal dimulakan jualan di Malaysia bermula bulan Julai kelak.

LG Optimus L5 boleh dikatakan sebagai peranti yang mensasarkan pengguna baru, disamping inginkan peranti mampu milik. ia membawakan cip pemprosesan 800Mhz Cortex A5, ruangan storan terbina 4GB dengan sokongan mikro-SD, skrin HVGA bersaiz 4-inci, kamera belakang 5.0-megapixel, dan menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.

Lowyat.net turut melaporkan yang mana LG Optimus L5 bakal berharga sekitar RM719 ketika dimulakan jualan pada bulan Julai kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami