Motorola Razr MAXX Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Motorola Razr MAXX Bakal Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada June 20, 2012 oleh .

Nampaknya untuk dua bulan ini, kita akan dapat melihat pelbagai peranti mudah-alih baru yang memasuki pasaran tempatan. Selain daripada beberapa yang dilancarkan pada bulan ini, kini Brighstar Malaysia turut sama telah mengemaskini halaman Facebook mereka, memperlihatkan Motorola Razr MAXX bakal ke Malaysia tidak lama lagi.

Melalui Motorola Razr MAXX, ia memfokuskan kepada bateri yang tahan untuk jangka masa yang lama, membolehkan anda menikmati masa panggilan yang lebih lamah, disamping turut membolehkan anda menikmati pelbagai video dan media yang lain melalui peranti anda, tanpa risau akan untuk mengecas bateri.

Motorola Razr MAXX membawakan skrin seluas 4.3-inci HD, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, kamera 8-megapixel, dan juga didatangkan bersama-sama bateri 3300 mAh. Ia dijual menggunakan Android 2.3.6 tetapi Motorola mengatakan kemaskini Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan untuknya.

Bagi mereka yang gemar berjalan jauh, dan sentiasa bergantung kepada telefon pintar mereka, mungkin Maxx merupakan salah satu pilihan, apatah lagi dengan kapasiti bateri besar yang didatangkan bersama dengannya.

Tarikh jualan dan harganya masih tidak diketahui buat masa ini. Namun, mereka bakal mengadakan sebuah pengumuman khas esok. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN