Ura-ura berkaitan saingan Siri daripada Google telah pun kedengaran sejak tahun lepas, dimana ketika itu ia diperkatakan Google sedang membangunkannya secara dalaman dengan nama kod Majel. Dan mengikut laporan terkini, ia diperkatakan Google mempercepatkan pembangunan perkhidmatan itu.
Perkhidmatan itu kelak akan diperkenalkan kepada peranti Android. Namun, mengapa Google mempercepatkan pembangunan pesaing Siri itu tidak diketahui. Berkemungkinan untuk memperlihatkannya pada Google I/O kelak, ataupun mungkin juga sebaliknya.
Seperti sedia maklum, pada peranti Android, terdapat beberapa aplikasi seumpamanya, termasuk yang terkini, S-Voice daripada Samsung. Google sendiri, telah menyertakan sokongan Voice Actions pada Android sejak daripada dahulu lagi, dan memandangkan ianya sedia menyokong bahasa Malaysia, berkemungkinan kita akan dapat melihat sesuatu yang menarik daripada Google kelak.