Cari @ Amanz

Hari ini, pada acara khas yang diadakan di Singapura, Sony Mobile telah mengumumkan sebanyak 6 peranti baru untuk pasaran Asia Tenggara, termasuk Xperia Ion, dan juga dua peranti yang baru dilancarkan tempoh hari, iaitu Xperia Miro dan Xperia Tipo.

Sebanyak 6 peranti yang diumumkan hari ini adalah Xperia Ion, Xperia Go, Xperia Acro S, Xperia Neo L, Xperia Miro dan juga Xperia Tipo. Namun, daripada apa yang kelihatan, Xperia Acro S masih belum disenaraikan untuk dipasarkan di Malaysia, sebaliknya lima peranti lain disenaraikan akan tiba di Malaysia sekitar suku tahun ketiga kelak.

Harga setiap peranti masih tidak diketahui buat masa ini. Kami akan berkongsi beberapa gambar rakaman dan juga spesifikasi untuk setiap peranti melalui kemaskini akan datang.

Kemaskini : Pihak Sony mengatakan Sony Xperia Acro S turut sama akan memasuki pasaran Malaysia juga pada suku tahun ketiga kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd