LG Memperkenalkan Quick Voice – Aplikasi Bantuan Maya Berasaskan Suara

LG Memperkenalkan Quick Voice – Aplikasi Bantuan Maya Berasaskan Suara

Diterbitkan pada June 20, 2012 oleh .

Nampaknya, mungkin perlu untuk Google melancarkan fungsi sokongan maya berasaskan suara pada Android mereka. Selepas Samsung dengan S-Voice, kini LG Electronics pula hadir dengan fungsi serupa untuk pengguna telefon pintar mereka, dinamakan sebagai Quick Voice.

Fungsi baru ini diumumkan hari ini, dan akan disertakan bersama-sama beberapa peranti baru LG yang akan datang pada bulan ini dan juga Julai. Namun, memandangkan ianya berasaskan Android, mungkin kita boleh lihat fail APK untuk aplikasi tersebut tersebar di arena internet beberapa minggu selepas ia dilancarkan.

Quick Voice membolehkan para penggunanya untuk membuat beberapa fungsi asas seperti carian, menetapkan temujanji, membuat panggilan suara, membuka video di YouTube dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, persoalannya, siapakah yang menggunakan fungsi seumpamanya pada peranti pintar mereka. Siri dan juga S-Voice yang dilancarkan sebelum ini juga mempunyai penggunaan yang amat terhad, dan adakah sokongan bantuan maya berasaskan suara ini relevan untuk pengguna telefon pintar?

Terima kasih LG, Lowyat dan Engadget.


TIPS & ULASAN