Carian
Windows Phone 8 Menyokong Kad Mikro-SD, Resolusi Tinggi Dan NFC
June 21, 2012 Aman

Hari ini, Microsoft telah pun berkongsi beberapa perkara menarik berkaitan platform akan datang daripada mereka, iaitu Windows Phone 8. Seperti semua sedia maklum, Windows Phone 8 dan juga Windows 8 akan menggunakan Shared Windows Core, untuk memudahkan pembangun membangunkan aplikasi dan perisian untuknya.

selain daripada itu, Microsoft turut sama mengumumkan sokongan resolusi yang lebih tinggi untuk platform Windows Phone 8, dan turut didatangkan bersama-sama sokongan cip pemprosesan lebih daripada satu teras. Untuk membolehkan para pengguna menikmati lebih ruangan storan, dan menjalankan aplikasi dengan mudah, ia turut didatangkan dengan sokongan mikro-SD padanya.

Sokongan NFC turut didatangkan, dan dipanggil sebagai “Tap and Share” oleh Microsoft. Dan menjadikan sokongan NFC lebih menarik adalah dimana Microsoft turut memperkenalkan fungsi dinamakan Wallet, untuk menyimpan pelbagai data bayaran seperti kad kredit, kad ganjaran dan lain-lain, sekaligus membayar melalui sokongan NFC.

Windows Phone 8 bakal dilancarkan pada suku tahun ke-empat tahun ini, dan masih tiada tarikh rasmi diumumkan Microsoft buat masa ini.

Gambar oleh CNET.

Komen