Cari @ Amanz

Jikalau teknologi peta Nokia sebelum ini hanya dikhaskan untuk pengguna Lumia, nampaknya perkara ini berubah melalui platform Windows Phone 8. Microsoft mengumumkan yang mana Windows Phone 8 akan menggunakan teknologi peta Nokia Maps terus padanya.

Perkara ini sekaligus mungkin akan menguntungkan para pengguna seluruh dunia. Berbeza dengan pelbagai peta yang terdapat di pasaran, Nokia Maps merupakan antara yang terbaik. Dan menariknya melalui Windows Phone 8, ia turut didatangkan bersama-sama sokongan peta secara luar-talian dan juga sokongan navigasi terbina padanya.

Seperti diperkatakan sebelum ini, Windows Phone 8 akan diperkenalkan pada suku tahun ke-empat tahun ini, dan mungkin Nokia turut akan hadir dengan beberapa peranti baru ketika itu.

Gambar oleh CNET.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd