Cari @ Amanz

Bersama-sama pembaharuan yang diumumkan pada Windows Phone 8, salah satu perkara baru adalah pada skrin utama platform tersebut kelak. Jikalau sebelum ini ia hanya memaparkan Live Tiles dengan saiz sedia ada, kelak melalui Windows Phone 8, para pengguna boleh mengubah saiz mengikut citarasa mereka.

Perkara ini sekaligus akan memudahkan para pengguna mengubah saiz skrin mengikut citarasa dan kegemaran mereka. Semestinya ramai akan menetapkan supaya aplikasi kegemaran mereka mempunyai Tiles yang lebih besar berbanding aplikasi lain.

Dan menariknya, memandangkan ia adalah Live Tiles, maka segala kemaskini boleh dilihat secara masa-nyata. Sokongan pemilihan warna untuknya juga akan didatangkan bersama-sama Windows Phone 8.

Gambar oleh CNET.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd