Windows Phone 8 Tidak Akan Menyokong Peranti Sedia Ada

Windows Phone 8 Tidak Akan Menyokong Peranti Sedia Ada

Diterbitkan pada June 21, 2012 oleh .

Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, kini Microsoft akhirnya telah pun mengesahkan yang mana pengguna Windows Phone 7.5 sekarang tidak akan menerima sebarang kemaskini Windows Phone 8 Apollo. Perkara ini semestinya akan mengejutkan ramai pengguna Windows Phone, apatah lagi peranti baru seperti Nokia Lumia 900.

Menurut Microsoft, perkara ini terpaksa dilakukan disebabkan Windows Phone 8 menggunakan kelebihan yang terdapat pada perkakasan (hardware) dalam menjalankan platform tersebut, seperti NFC, cip pemprosesan dwi-teras, resolusi lebih besar dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, beberapa fungsi yang diumumkan untuk Windows Phone 8 akan diperkenalkan kepada pengguna Windows Phone sedia ada, dibawah nama Windows Phone 7.8. Antara fungsi yang turut akan didatangkan adalah skrin utama baru dengan sokongan Tiles yang boleh diubah saiznya.

Perkara ini mungkin akan mengecewakan ramai pengguna Windows Phone, namun pengumuman kemaskini fungsi untuk pengguna sedia ada mungkin serba sebanyak dapat mengantikannya.


TIPS & ULASAN