Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang diura-ura akan sebelum ini adalah integrasi mendalam Skype melalui Windows Phone 8 kelak. Nampaknya perkara tersebut boleh dikatakan separuh benar, apabila Microsoft hari ini mengumumkan sokongan integrasi penuh VoIP, dan pembukaan API VoIP untuk semua pengguna menggunakannya dengan mudah.

Perkara ini sekaligus membolehkan pelbagai aplikasi, termasuk Skype diintegrasikan mendalam pada Windows Phone 8. Sokongan VoIP ini akan terus berjalan pada latar, membolehkan para pengguna menerima panggilan seperti mana mereka menerima panggilan biasa.

Mungkin dengan pembukaan API VoIP kepada umum, kita akan dapat melihat aplikasi lain seperti Tango dan Viber turut sama memperkenalkan aplikasi mereka dengan integrasi menyeluruh pada Windows Phone 8 kelak.

Gambar oleh CNET.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd