Motorola Razr MAXX Berharga RM1688 Di Malaysia – Razr V Akan Datang

Motorola Razr MAXX Berharga RM1688 Di Malaysia – Razr V Akan Datang

Diterbitkan pada June 21, 2012 oleh .

Hari ini, pihak Motorola Mobility telah pun melancarkan peranti baru mereka yang dinantikan untuk pasaran tempatan, iaitu Motorola Razr MAXX, yang membawakan sokongan masa bertahan bateri yang lama, selain beberapa ciri-ciri menarik padanya. Peranti ini dijual pada harga RM1688 di pasaran Malaysia.


Gambar : @Vernieman

Dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread, Motorola Razr MAXX membawakan masa bertahan bateri sehingga 17.6 jam melalui bateri 3300mAh padanya. Selain itu, ia membawakan skrin seluas 4.3-inci, kamera 8-megapixel, dan kamera hadapan untuk panggilan video. Ia turut membawakan rekabentuk yang nipis seperti pelbagai peranti lain yang terkini.

Pada masa yang sama, pihak Motorola Mobility turut mengumumkan Razr V untuk pasaran Malaysia, yang bakal dilancarkan pada suku tahun ketiga kelak. Motorola Razr V disasarkan sebagai peranti mampu milik, cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz.

Jadi, bagi para pengemar peranti Motorola mungkin boleh mendapatkan Razr Maxx hari ini bersama-sama bateri berkapasiti tinggi yang didatangkan bersama dengannya. Pihak Motorola Mobility turut sama mengatakan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan diperkenalkan dalam bentuk OTA tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN