(Video) Skrin Permulaan Baru Pada Windows Phone 8

(Video) Skrin Permulaan Baru Pada Windows Phone 8

Diterbitkan pada June 21, 2012 oleh .

Seperti diumumkan pada awal pagi tadi, kini Microsoft telah pun memuat-naik video promosi pertama untuk Windows Phone 8, sekaligus memperlihatkan sokongan skrin baru pada Windows Phone 8 dengan lebih dekat lagi.

Pada Windows Phone 8, Microsoft membawakan beberapa fungsi baru, termasuk salah satunya adalah sokongan untuk para pengguna mengubah saiz tiles sekaligus membolehkan anda mengakses aplikasi kegemaran dengan lebih mudah. Kemaskini ini turut akan diperkenalkan pada Windows Phone 7.8 tidak lama lagi.

Selain itu, Microsoft turut mengumumkan sokongan mikro-SD, NFC, sokongan cip pemprosesan dwi-teras, dan resolusi skrin lebih tinggi melalui Windows Phone 8 kelak. Nokia Maps dan juga sokongan VoIP turut diintegrasikan dengan lebih mendalam pada Windows Phone 8 kelak.

Jadi, apa kata anda daripada sebahagian fungsi baru Windows Phone 8 yang diperkenalkan oleh Microsoft ini?


TIPS & ULASAN