Facebook Memperkenalkan Kemaskini Pada Tooltip

Facebook Memperkenalkan Kemaskini Pada Tooltip

Diterbitkan pada June 21, 2012 oleh .

Dengan pengenalan antaramuka Timeline sebelum ini, kini Facebook turut sama memperkenalkan integrasi sebahagian daripada antaramukanya pada bahagian tooltip mereka, sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkan lebih maklumat berkaitan dengan seseorang pengguna pada Facebook.

Untuk makluman, tooltip ini diperlihatkan kepada pengguna lain apabila mereka meletakkan kursor di atas nama pengguna lain ataupun profil Pages dan sebagainya.

Jikalau dilihat pada tooltip untuk Facebook Pages, ia memperlihatkan angka berapa ramai Like akan halaman tersebut, disamping turut memperlihatkan kategori dan juga rakan-rakan yang menyukainya sama. Untuk profil pula, ia memperlihatkan nama pengguna, dan jawatan serta lokasi bekerja.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang masih tidak menggunakan antaramuka Timeline, tooltip masih diperlihatkan seperti sebelum ini tanpa sebarang perubahan.

Tips awal daripada Amanda. Terima kasih kepada semua yang menghantarkannya.


TIPS & ULASAN