Twitter.com Menghadapi Masalah Untuk Diakses

Diterbitkan pada Jun 22, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para pengguna Twitter, sejak beberapa minit yang lepas, laman Twitter dan perkhidmatannya tidak dapat diakses oleh segelintir pengguna tempatan dan juga antarabangsa. Perkara ini telah pun disahkan oleh pihak Twitter sendiri melalui halaman Twitter Status mereka.

Umum sedia maklum yang mana Twitter kadang-kala menghadapi masalah untuk diakses, namun hanya sekadar memperlihatkan mesej pengguna yang ramai, dengan gambar ikan paus yang popular. Namun, berbeza kali ini apabila laman mereka langsung tidak dapat dibuka.

Buat masa ini, apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku masih tidak diketahui, dan pihak Twitter sedang cuba menyelesaikannya secepat mungkin.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami