VoucHEREs Mengalami Masalah Dalaman – Ditutup “Sementara”

VoucHEREs Mengalami Masalah Dalaman – Ditutup “Sementara”

Diterbitkan pada June 22, 2012 oleh .

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan startup tempatan, semestinya mengenali akan perkhidmatan VoucHEREs yang memenangi RM700,000 melalui Make The Pitch sebelum ini. Namun nampaknya, kini kami ketahui akan pihak pembangun VoucHEREs mengalami masalah dalaman, dan laman tersebut ditutup buat sementara waktu.

Kami pertama sekali melaporkan mengenai VoucHEREs pada 20 Oktober yang lepas, dan kemudiannya mereka memenangi Make The Pitch pada awal Januari. Perkhidmatan tersebut kemudian diperkenalkan dalam bentuk beta terbuka pada penghujung Januari, sebelum memperkenalkan aplikasi VoucHEREs untuk iPhone pada bulan Mei.

Untuk makluman, VoucHEREs merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan telefon mudah-alih, membolehkan para pengguna mendapat diskaun di pusat membeli-belah dengan mudah. Melalui teknologi yang digunakan, ia akan memperlihatkan diskaun-diskaun menarik kepada para pengguna berkaitan kedai-kedai yang berdekatan dengan lokasi semasa mereka.

Namun, kini laman tersebut hanya sekadar memperlihatkan mesej mengatakan ianya telah menamatkan ujian beta, dan mereka akan kembali tidak lama lagi. Aplikasi iPhone yang dilancarkan turut hilang daripada AppStore, salah satu proses yang agak berbeza apabila sesuatu syarikat beralih daripada fasa beta kepada fasa terbuka.

Daripada beberapa sumber terdekat, pihak kami ketahui akan yang mana pihak VoucHEREs mengalami sedikit masalah dalaman. Namun apakah ia sepenuhnya masih tidak ketahui. Kami akan cuba menghubungi pihak terlibat, dan melaporkan perkara lanjut berkaitan dengannya dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN