Carian
Laporan : Dialog Usahawan IT Bumiputera Bersama Najib Razak
June 22, 2012 Ikhwan Nazri

Semalam kami telah dijemput menghadiri Bumiputera Technopreneurs Dialogue kelolaan NEF. Dialog ini juga dihadiri oleh Perdana Menteri, Najib Razak untuk berbincang dengan para penggiat ICT dan dunia kreatif. Acara ini merupakan satu kesinambungan dari acara NEF-AWANI ICT Awards 2011 yang diadakan Februari lalu yang mana pihak kami merupakan salah satu rakan media untuk anugerah tersebut.

Sesi dimulakan dengan ucapan dari presiden NEF, Ashran Ghazi dan disusuli dengan ucapan dari PM – Najib Razak. Menariknya, beliau mengakui keupayaan generasi adalah sangat penting dalam dunia ICT dan mengaitkan dengan pengasas syarikat gergasi Amerika Syarikat seperti Apple, Microsoft dan Facebook yang sekaligus membantu ekosistem dunia teknologi mereka.

Sesi dialog selepas itu pula dikendalikan oleh presiden NEF, dengan PM diatas pentas bersama CEO MDeC, Datuk Badlisham Ghazali. Semasa sesi dialog, PM mendengar dan memberikan komen ke atas soalan-soalan dan juga cadangan yang diberikan oleh hadirin. Sesi dialog ini merupakan acara tertutup tetapi secara kasarnya banyak cadangan membina dikemukakan dan kebanyakan pencadang tidak menyatakan cadangan mereka diatas konteks bumiputera. Menariknya majoriti pencadang mencadangkannya diatas konteks penggiat ICT secara amnya.

Selepas acara dialog tamat, satu sesi pertukaran perjanjian diadakan diantara NEF dan MAVCAP dan pemenang anugerah NEF-AWANI ICT Awards 2011 menghadiri sesi minum petang bersama PM. Kami berpendapat sesi dialog ini merupakan satu acara yang sangat bermanfaat dalam menyuarakan pandangan secara terus untuk perhatian PM dan kami harap sesi dialog sebegini boleh diteruskan pada masa akan datang.

Komen