Maxis Dan Celcom Menawarkan iPad Baru Bersama Pakej Tersendiri

Maxis Dan Celcom Menawarkan iPad Baru Bersama Pakej Tersendiri

Diterbitkan pada June 22, 2012 oleh .

iPad Baru, selain boleh didapati daripada pengedar rasmi Apple dan ditempah melalui Apple Store Malaysia, kini para pengguna turut sama boleh mendapatkannya melalui dua gergasi telekomunikasi negara, iaitu Celcom dan juga Maxis, bersama-sama dengan pakej dan pelan khas untuknya.

Celcom menawarkan iPad Baru WiFi dengan sokongan selular pada harga bermula RM1329 bersama-sama dengan pakej Celcom. Celcom menawarkan dua pilihan pakej, iaitu Celcom Broadband iPad Basic dan juga Celcom Broadband iPad Advance. Celcom Broadband iPad Basic menawarkan kelajuan sehingga 3.6Mbps dengan kuota penggunaan 4.5GB pada harga RM70 sebulan. Celcom Broadband iPad Advance pula menawarkan kelajuan sehingga 7.2Mbps dengan kuota pada 7GB pada harga RM100 sebulan. Selain daripada itu, pihak Celcom juga menawarkan iPad baru dengan pilihan 32GB dan juga 64GB.

Maxis pula menawarkan dengan pilihan kontrak selama 24 bulan, dengan pilihan tiga pakej, iaitu 2GB (RM48), 4GB (RM68) dan juga 12GB (RM108). Melalui pakej yang ditawarkan, Maxis membolehkan para pengguna mendapatkan iPad Baru pada harga serendah RM999 melalui pakej mereka, selain turut menawarkan pilihan iPad dengan storan 16GB, 32GB dan juga 64GB.


TIPS & ULASAN