TweetBot Untuk Mac Kini Dalam Pembangunan

TweetBot Untuk Mac Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada June 22, 2012 oleh .

Pada platform iOS, salah satu aplikasi Twitter yang popular dan diminati ramai adalah Tweetbot. Nampaknya, kini aplikasi tersebut turut sama akan diperkenalkan pada sistem operasi Mac OS X, sekaligus memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna OS X.

Perkara ini disahkan apabila pembangunnya berkongsi gambar MacBook Pro Retina bersama-sama aplikasi Tweetbot pada Mac terbuka padanya. Buat masa ini, pembangunnya masih tidak mengatakan bilakah ia akan dilancarkan dan apakah fungsi-fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya.

Jadi, bagi pengguna OS X, sekiranya ia dilancarkan pada platform OS X, adakah TweetBot akan menjadi pilihan, ataupun anda akan terus setia menggunakan TweetDeck dan beberapa aplikasi lain dengan fungsi serupa?


TIPS & ULASAN