Cari @ Amanz

Flipboard, setelah memulakan ujian beta mereka sebelum ini, hari ini secara rasminya telah pun memperkenalkan aplikasi mereka kepada semua pengguna Android, dan sedia untuk dimuat-turun terus daripada Google Play Store secara percuma hari ini, untuk pelbagai peranti yang menggunakan Android 2.2 dan yang terkini.

Melaluinya, ia tidak membawakan perubahan yang besar, dimana selain daripada sokongan pembacaan yang mudah untuk pelbagai peranti Android, ia turut didatangkan bersama-sama dengan sokongan integrasi Google+ padanya.

Namun, menurut pihak pembangunnya, ia masih hanya dioptimasikan untuk telefon pintar sahaja dan bukannya tablet. Mungkin kita akan dapat mereka melancarkan Flipboard untuk tablet Android tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turunnya secara percuma untuk peranti Android anda terus daripada Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd