Rekabentuk Tab Pada Firefox Australis Diperlihatkan

Rekabentuk Tab Pada Firefox Australis Diperlihatkan

Diterbitkan pada June 22, 2012 oleh .

Umum sedia maklum akan yang mana Mozilla sedang dalam proses membangunkan antaramuka baru untuk pelayar web Firefox melalui projek Firefox Australis. Terkini, melalui versi pembangunannya, ia memperlihatkan, Firefox Australis ini membawakan rekabentuk antaramuka tab yang lebih kemas dan baru berbanding sebelumnya.

Berbeza dengan sebelum ini, selain daripada rekabentuk tab, ia juga kelihatan, hanya tab yang aktif sahaja memperlihatkan rekabentuk sedemikian, sebaliknya tab lain yang tidak akitf, hanya sekadar diperlihatkan pada bar tetingkap tanpa sebarang rekabentuk tab dan sebagainya.

Memandangkan ia masih lagi pada peringkat awal, mungkin pada versi akhir kelak, kita akan dapat melihat lebih banyak perubahan. Namun, sekiranya anda ingin mencubanya sendiri, boleh memuat-turun versi pembangunan Firefox Australis ini, dan melihat sendiri perubahan yang dibawa olehnya.


TIPS & ULASAN